SAN FRANCISCO, 26 JULAI – OpenAI sedang menguji enjin carian dikuasai oleh ChatGPT yang boleh meletakkan syarikat kecerdasan buatan (AI) itu dalam persaingan langsung dengan syarikat gergasi carian Google dan boleh mempengaruhi aliran trafik internet dalam mencari berita dan maklumat lain yang tepat pada masanya.
OpenAI yang berpangkalan di San Francisco berkata kelmarin bahawa ia mengeluarkan pratonton ciri SearchGPT untuk mendapatkan maklum balas daripada sekumpulan kecil pengguna dan penerbit.
Google menaikkan ciri-ciri khas enjin cariannya pada bulan Mei dengan ringkasan bertulis yang dijana AI kini kerap muncul di bahagian atas hasil carian. Ringkasan ini bertujuan untuk menjawab pertanyaan carian pengguna dengan cepat supaya mereka tidak perlu mengklik pautan dan melawat tapak web lain untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pengubahsuaian Google berlaku selepas setahun ujian dengan sekumpulan kecil pengguna, tetapi masih menghasilkan ralat yang menunjukkan risiko menyerahkan carian maklumat kepada AI bot sembang.
Rakan kongsi perniagaan rapat OpenAI, Microsoft, juga sedang menguji ringkasan yang dijana AI pada enjin carian Bingnya. – AP


