Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    OpenChat YEAB bahas gamifikasi, pendidikan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB), mengadakan sesi OpenChat terbaharunya yang bertajuk Edupreneur Teach Tribe bertempat di Mavens’ Hive, Kiulap, baru-baru ini.

    Sesi yang berlangsung dari pukul 1:30 hingga 3 petang itu telah menghimpunkan pendidik, usahawan pendidikan, serta usahawan yang bercita-cita tinggi untuk membincangkan topik penting dalam industri pendidikan.

    Antara peserta yang hadir terdiri daripada Pengasas Mavensdotlive, Goh Chai Li; Pengarah Urusan Teachmeguru, Azim Yusof; Pengasas Edutain Enterprise, Ron See, Fahmiin dari SynapseBN, Lim Zhi Ying dari MAED Training, serta pendidik dari Outshine Tuition School dengan latar belakang yang pelbagai telah menambah kedalaman perbinca-ngan dan menyerlahkan semangat kerjasama sesi berkenaan.

    Sesi bermula dengan pengenalan ringkas daripada YEAB. Perbincangan kemudiannya dimulakan dengan memfokuskan kepada latihan berasaskan gamifikasi, satu trend terkini dalam pendidikan yang berasaskan permainan.

    Peserta juga turut membincangkan mengenai peningkatan kebergantungan terhadap gamifikasi dalam persekitaran latihan, mengakui nilainya tetapi menekankan tentang pentingnya keseimbangan.

    Walaupun gamifikasi boleh meningkatkan penglibatan, ia perlu diintegrasikan dengan pembelajaran bersemuka secara berhati-hati untuk memastikan hasil pendidikan yang menyeluruh.

    Sesi berkenaan juga meneroka cara untuk menyampaikan bengkel yang bernilai tinggi.

    Peserta memikirkan cabaran memastikan bengkel, terutamanya yang dikendalikan oleh pakar profesional tempatan, memberikan nilai yang setanding dengan bengkel yang dikendalikan oleh pakar luar.

    Perbincangan turut meliputi tentang pentingnya skala kaedah pengajaran, di mana peserta menyeru para pendidik untuk memberikan tumpuan kepada pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna, bergerak dari pendekatan yang hanya mementingkan keputusan atau akademik semata-mata.

    Selain itu, peserta turut membincangkan cara mengatasi halangan seperti akses teknologi terhad dan Wi-Fi untuk pelajar, strategi membuka perniagaan tuisyen, serta teknik pengajaran yang berkesan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah.

    Para peserta yang hadir pada sesi berkenaan mengadakan perbincangan. – GAMBAR SERAHAN YEAB
    Antara yang hadir pada sesi tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN YEAB
    GAMBAR SERAHAN YEAB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda