Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi banteras sindiket dadah antarabangsa sentiasa dilaksanakan

    TAWAU, 18 NOV – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa melaksanakan operasi memerangi sindiket kartel dadah antarabangsa, namun kebanyakan operasi tidak dihebahkan kepada umum, kata Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

    Beliau berkata, operasi secara konsisten itu tidak digembar-gemburkan bagi memastikan strategi pencegahan jenayah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

    Mohd Khalid berkata, PDRM aktif menjalinkan kerjasama dengan agensi luar negara seperti Polis Persekutuan Australia yang sentiasa memberikan bantuan bernilai dalam memastikan kejayaan operasi pencegahan dadah.

    “Kerjasama kami dengan friendly services dan juga negara-negara yang berkaitan sentiasa berterusan. 

    “Sebab itu kami berjaya membanteras banyak kes-kes melibatkan dadah sama ada di Semenanjung ataupun di Sabah dan juga Sarawak,” katanya pada sidang media sempena Op Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, hari ini. 

    Semalam, bekas Ketua Polis Malaysia, Tan Sri Razarudin Husain berkata, operasi sulit, perkongsian risikan masa nyata serta kerjasama secara senyap rentas sempadan sudah lama menjadi tunjang utama dalam usaha Malaysia memerangi penyeludupan dadah meskipun sebahagian kecil daripadanya didedahkan kepada umum. – Bernama

    Tan Seri Mohd Khalid Ismail berucap semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Malaysia pada 23 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda