Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi cari mangsa hilang dilaksana

    NEW DELHI, 30 Dis – Pasukan penyelam tentera laut India hari ini melancarkan operasi untuk mencari 15 orang lelaki yang terperangkap lebih dua minggu dalam satu ‘lubang tikus’ lombong arang batu di kawasan pedalaman timur laut India, menurut pihak polis.

    Para pekerja terputus hubungan sejak 13 Disember lalu apabila air dari sebatang sungai berdekatan memasuki lubang sedalam 348 kaki di lombong haram itu yang terletak di negeri Meghalaya.

    Tiada sebarang petanda yang menunjukkan mangsa masih hidup bersama usaha menyelamat yang tertangguh mencetuskan kemarahan orang ramai, namun ahli keluarga mereka berkenaan berharap menemukan satu saluran udara.

    “Seramai 14 orang penyelam tentera laut tiba semalam dan meninjau lombong berkenaan. Kini, mereka membuat percubaan masuk ke dalam gua,” kata superintenden polis, Sylvester Nongtnger kepada AFP.

    Perlombongan ‘lubang tikus’ yang melibatkan kerja penggalian di bahagian tepi bukit dan pembinaan saluran sehingga lima kaki tinggi untuk tiba ke kawasan yang kaya dengan arang batu.

    Pada 2014, sebuah mahkamah persekutuan telah mengharamkan aktiviti perlombongan berisiko tinggi di negeri itu setelah penduduk setempat membuat aduan bahawa ia telah mencemarkan sumber air dan meletakkan nyawa para pelombong dalam bahaya.

    Para pemilik lombong dan kerajaan negeri mencabar larangan yang dibuat oleh Mahkamah Agung India di mana amalan tersebut masih banyak dilakukan. Kebanyakan pelombong merupakan buruh miskin yang dari negeri berdekatan.

    Pada 2012, 15 orang pelombong terbunuh selepas terperangkap dalam satu lagi lubang tikus lombong Meghalaya dan jasad mereka tidak pernah ditemukan sejak itu.

    Insiden terbaharu itu telah mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap amalan tersebut termasuklah kelambatan usaha menyelamat. – AFP

    Para pekerja kecemasan berhimpun di sekitar kawasan lombong di Meghalaya bagi mencari 15 orang pelombong yang terperangkap. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda