Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi cari pelajar dikhuatiri lemas diteruskan

    LABUAN, 19 Julai – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara, yang dikhuatiri lemas setelah dilaporkan hilang semasa berenang di Pantai Taman Damai di sini pada Ahad, diteruskan hari ini.

    Mohd Shahrul Iskandar, 16, dikatakan sedang mandi-manda bersama-sama empat kawannya di pantai peranginan popular itu apabila mereka dipukul ombak besar kira-kira 4 petang.

    Rakannya Mohd Aiman Sumardi, Zul Azri Sufri, (kedua-duanya berusia 12 tahun), Mohd Syafiq, 13, dan Khairuddin Karim, 14, berjaya berenang ke pantai.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Zainal Madasin berkata operasi mencari remaja berasal dari Kampung Sungai Labu itu masih diteruskan.

    “Sejak hari pertama, pasukan SAR daripada pelbagai pihak termasuk Labuan Liberty Port Management, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Laut dan penduduk kampung membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan operasi dalam keadaan laut bergelora,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Menurutnya setakat ini, usaha mencari itu meliputi pesisir pantai sepanjang lebih 23 kilometer. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda