Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi cawangan BIBD dikemas kini

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) mengumumkan pengemaskinian waktu operasi bagi cawangan-cawangannya di seluruh negara bermula 1 Januari 2024.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh BIBD, di sini, di bawah jadual baharu itu, kesemua cawangan BIBD kecuali cawangan Rimba, akan dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 3:45 petang pada Isnin hingga Khamis dan dari pukul 8:30 pagi hingga 11 pagi dan pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang pada Jumaat.

    Bagi memenuhi keperluan perbankan hujung minggu, cawangan-cawangan berkenaan akan beroperasi dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 11:15 pagi pada Sabtu.

    Sementara itu, waktu operasi pada Isnin hingga Khamis di cawangan Rimba adalah dari pukul 8:45 pagi hingga pukul 4 petang bagi perkhidmatan concierge dan dari pukul 10 pagi hingga pukul 5:15 petang bagi perkhidmatan kewangan.

    Pada Jumaat, waktu operasi di cawangan Rimba adalah dari 2:30 petang hingga 4 petang bagi perkhidmatan concierge dan bagi perkhidmatan kewangan, dari 10 pagi hingga 11:30 pagi dan dari 2:30 petang hingga pukul 4:45 petang.

    Cawangan Rimba juga akan dibuka pada Sabtu dari pukul 8:45 pagi hingga 11:15 pagi untuk perkhidmatan concierge dan dari 10 pagi hingga 12:15 tengah hari bagi perkhidmatan kewangan.

    Kesemua cawangan BIBD ditutup pada Ahad dan cuti awam. Bagi memastikan peralihan yang lancar, BIBD akan mengumumkan waktu operasi dikemas kini itu melalui saluran media sosial dan papan tanda di cawangan-cawangannya.

    Pada masa yang sama, kesemua mesin ATM BIBD dan perkhidmatan perbankan dalam talian, boleh diakses 24/7 untuk memudahkan pelanggan.

    BIBD terus komited untuk menyediakan penyelesaian perbankan yang mudah diakses dan inovatif kepada pelanggan dan orang ramai, memastikan semua orang mempunyai peluang menikmati barisan penuh perkhidmatan dan produk BIBD bagi kemudahan mereka.

    Gambar fail menunjukkan BIBD. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda