Oleh Hajah Saemah Kepli
KUALA BELAIT,18 Feb – Bagi mencegah sebarang perbuatan jenayah atau mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengadakan Operasi Rondaan Pencegahan Jenayah di kawasan Daerah Belait bersempena musim perayaan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini.
Operasi yang dijalankan di kawasan RPN Kampung Panaga 2000 itu diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Seria, Penolong Penguasa Polis ASP Pengiran Haji Mohd Saiful Ariffin bin Pengiran Haji Duraman dan Inspektor Mohd Ajib bin Haji Ahmad serta melibatkan anggota dari Balai Polis Seria dan Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei. Turut serta dalam rondaan ialah Timbalan Pengerusi Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga, Awang Zaleha bin Lahap bersama 10 orang ahli Pengawasan Kejiranan RPN Kampung Panaga 2000.
Rondaan berjalan kaki itu telah bermula jam 11 malam dengan tumpuannya di sekitar kawasan perumahan berkenaan.
Bagaimanapun, tiada sebarang perkara yang tidak bermoral mahupun yang mencurigakan dilaporkan semasa rondaan berkenaan.
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2018/02/P6-3-D_190218.jpg)