BEIJING, 2 NOV – Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) Epic Games berkata ia akan menutup permainan dalam talian popularnya Fortnite di China, beberapa bulan selepas pihak berkuasa mengenakan beberapa siri kawalan ketat ke atas pasaran permainan terbesar dunia sebagai sebahagian daripada tindakan keras besar-besaran terhadap sektor teknologi.
Beijing telah melancarkan tindakan keras ke atas beberapa industri dalam kempen untuk memperketat kawalannya terhadap ekonomi negara, dengan firma teknologi menerima kesan teruk kempen tersebut.
Pada September, pegawai berkata mereka mahu mengawal ketagihan di negara dengan mengumumkan langkah pengurangan drastik dalam jumlah masa yang boleh diluangkan oleh kanak-kanak bermain dalam talian dan mengarah pemain menggunakan kad ID apabila mendaftar masuk.
Tindakan itu memberi tamparan hebat kepada keupayaan syarikat untuk mengaut keuntungan dan mendorong harga saham firma permainan merosot mendadak.
Kini, Epic terpaksa menghentikan operasi Fortnite, berkata ia akan menutup server permainan popular itu pada 15 November. – AFP