Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi Kabat tahan dua warga asing

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Dua warga asing telah ditahan dalam satu Operasi Kabat yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini.

    Operasi Kabat 47/2024 telah menyasarkan kepada sebuah kawasan rumah di Mukim Belait di mana dua warga asing telah diperiksa dan kedua-duanya telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Salah seorang daripadanya dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal. Manakala seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 35(1), Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu mengambil pekerja tanpa pengetahuan majikan asal.

    Lokasi kedua adalah rumah sewa di Mukim Berakas A di mana lima warga asing telah diperiksa dan ditahan dengan dua daripadanya gagal mengemukakan dokumen asal dan seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17.

    Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk memberikan maklumat berhubung pesalah-pesalah imigresen dengan menghubungi terus hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) dan 8984111 (Kuala Belait).

    Antara warga asing yang diperiksa dan ditahan semasa operasi tersebut dilaksanakan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda