Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OKT – Sebanyak 10 kesalahan telah didapati semasa Operasi Kelinga 222/2023 yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh, di kawasan Kampung Limau Manis dan Kampung Sungai Hanching, baru-baru ini.
Pemeriksaan pertama dijalankan di kegiatan kedai runcit di Kampung Limau Manis dan telah mendapati tujuh kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 dilakukan oleh majikan.
Antara kesalahan-kesalahan yang didapati ialah kesalahan di bawah Bab 10 iaitu majikan tiada menyediakan kontrak perkhidmatan, Bab 63 iaitu gagal memberikan cuti rehat, Bab 65 iaitu melebihi jam bekerja yang telah ditetapkan, Bab 70 iaitu gagal memberikan cuti hari kelepasan awam, Bab 71 iaitu gagal memberikan cuti tahunan, Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan kecemasan, dan Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana pekerja yang berjawatan buruh kedai didapati membuat pekerjaan juruwang.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

