Sunday, February 9, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi Kelinga kesan tiga kesalahan Perintah Pekerjaan 2009

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Tiga kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 telah didapati dilakukan oleh majikan semasa Operasi Kelinga 63/2023 dan Kelinga 64/2023 di kawasan Gadong, baru-baru ini.

    Dalam operasi dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh itu, pemeriksaan pertama yang dijalankan ke atas kedai runcit di Kampung Tungku telah mendapati dua kesalahan di bawah Bab 112 (2) iaitu melanggar syarat-syarat lesen pengambilan pekerja asing yang mana dua pekerja asing yang berjawatan buruh melakukan pekerjaan memandu dan menghantar barang.

    Manakala itu, pemeriksaan kedua dijalankan atas kegiatan pembekal di Kampung Tungku telah mendapati satu kesalahan sama di mana dua pekerja asing yang berjawatan buruh membuat pekerjaan sebagai pemandu trak.

    Jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

    Bagi kesalahan ketiga atau jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Operasi berkenaan bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan Perintah Pekerjaan 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 semasa luar waktu bekerja.

    Pemeriksaan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh semasa Operasi Kelinga 63/2023 dan Kelinga 64/2023. – Gambar serahan Jabatan Buruh

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda