Thursday, September 19, 2024
34.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi keluarkan serpihan nuklear Fukushima digantung

    TOKYO, 17 SEPT – Pengendali loji nuklear Fukushima yang terjejas di Jepun berkata hari ini bahawa ia telah menghentikan sementara operasi untuk mengeluarkan sampel bahan radioaktif disebabkan masalah teknikal baharu.

    Mengeluarkan anggaran 880 tan bahan api dan serpihan yang amat radioaktif di dalam stesen jana kuasa lama itu kekal sebagai bahagian paling mencabar dalam proses penyahtauliahan kemudahan tersebut, yang dilanda tsunami dahsyat pada 2011.

    Tahap radioaktiviti di dalam kemudahan tersebut terlalu tinggi untuk dimasuki manusia dan awal bulan ini jurutera mula memasukkan alat boleh laras untuk mencuba mengeluarkan sampel kecil.

    Bagaimanapun, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) terpaksa menghentikan sementara prosedur hari ini selepas menyedari bahawa kamera kawalan jauh pada alat tersebut tidak memancarkan semula imej ke pusat kawalan. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda