SYDNEY, 29 Mac – Perkhidmatan penerbangan di Lapangan Terbang Sydney yang terjejas kerana menara kawalan trafik udaranya terpaksa dikosongan, kembali beroperasi seperti biasa pada tengah hari hari ini selepas bangunan itu didapati selamat untuk digunakan, lapor agensi berita Xinhua.
Perkhidmatan Udara Australia dalam Twitternya menulis, menara itu dikosongkan pada pagi hari ini apabila sistem pencegah kebakaran mengesan terdapatnya masalah asap. Selepas pemeriksaan dijalankan selama sejam, pihak berkuasa mengesahkan menara itu selamat digunakan dan tiada sebarang tanda kebakaran ditemui.
Penguasa Bomba dan Penyelamat New South Wales, Bryce Jonas berkata hasil pemeriksaan mendapati asap itu disebabkan oleh bateri komputer yang terlalu panas. – Bernama