PARIS, 20 MEI – Operasi di Lapangan Terbang Orly, Paris kembali seperti sediakala kelmarin selepas mengalami gangguan teknikal berpanjangan yang menjejaskan jadual penerbangan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Menurut Kementerian Pengangkutan Perancis dan pihak berkuasa penerbangan awam DGAC, operasi telah disambung semula dan keseluruhan jadual penerbangan dijangka kembali seperti biasa menjelang hari ini.
Gangguan bermula Ahad lalu ekoran kerosakan teknikal pada sistem kawalan memaksa pihak berkuasa mengehadkan pergerakan trafik udara, sekali gus mengurangkan jumlah penerbangan secara ketara. – Bernama
