SANDAKAN, 31 Okt – Kepakaran Polis Antarabangsa (Interpol) digunakan dalam pelaksanaan operasi bersama Malaysia, Brunei, Indonesia dan Filipina bagi mengekang kemasukan Pejuang Pengganas Asing (FTF).
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata operasi dikenali Operasi Maharlika Interpol itu dijalankan selama dua minggu bermula esok dan dilaksanakan oleh pasukan penguat kuasa di negara masing-masing.
Katanya operasi itu mendapat bantuan daripada Interpol dari segi penggunaan latihan sistem data dan perkakasan sesuai dan bagi mengekang pergerakan FTF khususnya dalam kawasan empat negara terlibat.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn