Thursday, November 7, 2024
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi mencari mangsa tanah jerlus masuk hari kelima

    KUALA LUMPUR, 27 OGOS – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini memasuki hari kelima hari ini.

    Tinjauan Bernama di lokasi mendapati seawal pukul 8 pagi pihak berkuasa terlibat dilihat mengadakan perbincangan dan penugasan untuk melaksanakan SAR berkenaan. Difahamkan anak kepada wanita berkenaan yang dikenali sebagai Surya, 26, berada di lokasi pencarian kira-kira pukul 9 pagi, bagi mengikuti perkembangan operasi.

    Tinjauan di sekitar kawasan insiden turut mendapati kebanyakan premis perniagaan masih ditutup dan hanya segelintir peniaga memulakan operasi setakat pukul 9 pagi tadi, dan hampir 50 petugas media sudah berada di lokasi seawal pukul 8 pagi untuk mengikuti perkembangan lanjut pencarian.

    Dalam kejadian Jumaat lepas, Vijayaletchumy yang berada dalam negara ini bersama keluarga untuk melancong, dikatakan dalam perjalanan ke sebuah kuil berhampiran apabila beliau terjatuh ke dalam lubang berkenaan dan terus hilang. – Bernama

    Penduduk melihat keadaan terkini di sekitar operasi pencarian mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India kelmarin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda