Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi menyelamat mangsa runtuhan salji diteruskan

    KATHMANDU, NEPAL, 22 JAN – Para penyelamat kini meneruskan lagi misi pencarian mangsa yang terperangkap dalam runtuhan salji di Gunung Annapurna, Nepal selepas keadaan cuaca menjadi lebih baik bagi mencari empat pendaki Korea Selatan dan tiga pemandu pelancong Nepal.

    Menurut pegawai yang menyertai misi tersebut, pencarian itu berpotensi besar akan menemukan lokasi mereka dalam keadaan cuaca yang mengizinkan.

    Sembilan tentera dan tujuh penyelamat awam menggali runtuhan ais dan salji di laluan trek Annapurna dan berpotensi akan dapat menentukan kemungkinan lokasi mereka, kata jurucakap tentera Bigyan Dev Pandey.

    Turunan salji dan cuaca yang buruk kelmarin menghalang operasi menyelamat.

    Khum Bahadur Subedi dari Persatuan Agensi Trekking Nepal, agensi yang terlibat dalam operasi itu, berkata mereka berharap akan menemukan lokasi mangsa dengan mudah petang hari ini. – AP

    Sebuah helikopter dilihat berada di kawasan persekitaran gunung Annapurna, di Pokhara. Para penyelamat kini meneruskan misi pencarian mangsa yang terperangkap dalam runtuhan salji di Gunung Annapurna, Nepal selepas keadaan cuaca menjadi lebih baik. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda