BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) melalui Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU) telah melaksanakan Operasi Panyap yang menyasarkan dua lokasi iaitu rumah dan bilik sewa di Mukim Kilanas dan Mukim Sengkurong.
Menurut kenyataan, hasil pemeriksaan mendapati enam daripada 11 warga asing telah ditahan dan dibawa ke BPU kerana dipercayai tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh dan seorang juga dipercayai bekerja menggunakan pas lawatan, manakala empat gagal mengemukakan sebarang dokumen asal. Sehubungan dengan itu, jabatan ini mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi talian hotline JIPK 8734888 / 8753888 (BSB) / 8984111 (Kuala Belait).
Operasi tersebut adalah untuk menguatkuasakan akta dan peraturan yang dipertanggungjawabkan di bawah JIPK termasuk Akta Anti-Pemerdagangan Orang, Penggal 230 dan Akta Pencegahan Penyeludupan Orang, Penggal 229.


