Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi pencarian anak kapal hilang diteruskan

    SINGAPURA, 22 Ogos – Penyelam-penyelam Tentara Laut dan Marine Corps akan memasuki kawasan di bahagian USS John S.McCain untuk mencari 10 anak kapal yang hilang selepas kapal pemusnah itu dan sebuah kapal minyak bertembung di perairan Asia Tenggara, kata 7th Fleet hari ini.

    Pencarian dilaut yang dilakukan oleh pesawat udara dan kapal–kapal dari tentera laut AS, Singapura dan Malaysia akan diteruskan ke timur Singapura di mana McCain dan kapal pengangkut tersebut bertembung semalam, kata 7the Fleet, tetapi tumpuan adalah terhadap McCain itu satu tamparan kepada keluarga–keluarga yang masih berharap bagi berlakunya keajaiban.

    “Dilengkapi dengan rig udara terapung, penyelam akan memasuki bahagian yang ditutup yang terletak dalam bahagian kapal yang rosak” kata kapal tersebut dalam kenyataan yang mengumumkan penyelam telah menyertai pencarian tersebut. “Tambahan, mereka akan melakukan penilaian kerosakan terhadap kawasan yang dibanjiri dan badan kapal.”

    Pertembungan tersebut mengakibatkan kerosakan di bahagian belakang kiri McCain dan membanjiri bahagian bertentangan termasuk tempat kru dan tempat mesin dan bilik komunikasi. Lima kelasi mengalami kecederaan. Kapal pemusnah itu sekarang berlabuh dari tentera laut Singapura.

    Laksamana Scott Swift (tengah), komander Armada Pasifik AS, tiba di Hospital Singapura pada 22 Ogos 2017 untuk melawat empat pelaut AS yang cedera dalam insiden perlanggaran kapal pada 21 Ogos di pesisir Singapura. Penyelam-penyelam Tentera Laut dan Marine Corps meneruskan operasi menyelamat untuk mencari 10 anak kapal yang hilang – AFP

    Ia adalah pertembungan kedua dalam tempoh dua bulan melibatkan 7th Fleet yang berpangkalan di Pasifik dan Tentera Laut telah mengarahkan penyiasatan meluas terhadap kesediaan dan kedudukannya. Tujuh kelasi maut pada Jun lalu apabila USS Fitzgerald dan sebuah kapal kontena bertembung di luar perairan Jepun.

    Megan Partlow dari Ohio, yang berkata tunangnya berada dalam McCain, memberitahu The Associated Press dalam mesej menerusi Facebook bahawa mereka kali terakhir berkomunikasi pada Ahad lalu dan dia kehilangan harapan untuk menemukannya semula.

    “Teks terakhir saya kepadanya adalah ‘semoga selamat’, yang mana cara yang sama kami menamatkan setiap perbincangan. Saya bersedia bagi menantikan jawapan,” katanya. Identiti kehilangan tidak didedahkan tetapi Partlow berkata ibu bapanya tunangnya berhubung bersama pusat bantuan keluarga Tentera Laut. Laksamana Laut. John Richardson, ketua opersai tentera laut, semalam mengarahkan untuk menghentikan operasi 7th Fleet bagi masa beberapa hari untuk membenarkan pemerintah–pemerintah bersama–sama dengan ketua kelasi dan pegawai pemerintah dan mengenalpasti langkah segera yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda