Saturday, March 1, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi pusat-pusat kesihatan sepanjang Ramadan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan mengenai waktu operasi bagi pusat-pusat kesihatan semasa bulan Ramadan 1226H bersamaan 2025M.

    Bagi Pusat Kesihatan Berakas, Daerah Brunei dan Muara iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu, operasi akan bermula pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang dan dari jam 7:30 malam hingga pukul 10 malam, kecuali hari-hari kelepasan awam serta Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam dari pukul 2 hingga 4 petang dan disambung jam 7 hingga 10 malam.

    Bagi Pusat Kesihatan Sungai Liang, Daerah Belait iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga pukul 2 petang, kecuali hari-hari kelepasan awam serta Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam dari pukul 2 hingga 5 petang dan dari jam 7:30 hingga 9 malam.

    Bagi pusat-pusat dan klinik-klinik kesihatan lain iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 2 petang, kecuali hari-hari kelepasan awam serta pada Jumaat, Ahad dan hari-hari kelepasan awam tidak beroperasi.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat dan perhubungan lanjut, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn, Instagram @mohbrunei atau Talian Darussalam 123 serta mana-mana fasiliti kesihatan yang berdekatan.

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda