Operasi Pusat Vaksinasi UBD ditangguhkan

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Universiti Brunei Darussalam (UBD) akan memulakan pembelajaran fizikal di kampusnya pada Januari ini, dengan kuliah dan komitmen kerja kembali di universiti itu.

Sehubungan itu, operasi Pusat Vaksinasi UBD akan ditangguhkan berkuatkuasa 31 Disember 2021. Sukarelawan dan kakitangan pusat itu mengucapkan terima kasih atas sokongan dan maklum balas orang ramai, seterusnya melahirkan harapan dapat berkhidmat kepada rakyat dan penduduk negara ini lagi kelak.