Monday, July 8, 2024
33.1 C
Brunei

    -

    Operasi rondaan temui barang tegahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 05 JULAI – Sebanyak 2921 tin dan 59 botol minuman keras pelbagai jenama yang dibuang di perairan sempadan negara jiran telah berjaya ditemukan semula oleh Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi-agensi penguat kuasa undang-undang semasa Operasi Sepadu Rondaan Teluk baru-baru ini.

    Operasi yang dijalankan sekitar tengah malam mendapati sebuah perahu yang mencurigakan di sekitar perairan Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien.

    Pasukan operasi cuba bertindak untuk memintas perahu berkenaan dan satu aksi kejar mengejar telah berlaku di antara agensi penguat kuasa dengan perahu suspek.

    Akan tetapi, perahu suspek kemudiannya memecut laju dan mereka juga dilihat bertindak membuang barang-barang tegahan untuk mengelak daripada ditahan sebelum melarikan diri ke perairan.

    Usaha mencari kembali barang-barang tegahan berjaya ditemukan dan telah diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk tindakan selanjutnya.

    Operasi dijalankan dengan adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan di perairan negara terutamanya di perairan Teluk Brunei. PPDB serta agensi penguat kuasa yang lain akan sentiasa menjalankan operasi-operasi seperti ini bagi membanteras segala kegiatan yang menyalahi undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

    Antara barang tegahan yang berjaya ditemui. – GAMBAR SERAHAN PPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6 skala Richter landa Jepun

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI - Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada jam 4.01 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia...