LABUAN, 29 DIS – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan Indonesia yang dikhuatiri lemas setelah menyelam ke dalam laut untuk memotong jaring yang tersangkut di enjin bot pada 24 Disember lepas dihentikan hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Kapten Nudin Jusoh berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat
(MRSC) Labuan serta agensi penguatkuasaan lain pada hari keenam operasi SAR.
“Operasi SAR berakhir hari ini selepas tiada petunjuk dalam perimeter pencarian yang merangkumi kira-kira 174 batu nautika secara keseluruhan,” katanya kepada Bernama. – Bernama


