Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Operasi Sejahtera: 4 pekerja asing dikesan langgar peraturan

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Empat orang pekerja warga asing telah didapati me- lakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan, 2009 semasa Operasi Sejahtera 127/2022 dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh di Kampung Bunut dan Sengkurong pada 5 September lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, operasi menyasarkan kegiatan tempat penginapan dan kedai makan di mana pemeriksaan di tempat penginapan mendapati dua orang pekerja asing yang berjawatan sah sebagai buruh menjalankan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan premis. Tambahan lagi, seorang pekerja asing yang berjawatan sah sebagai buruh binaan, didapati menjalankan pekerjaan sebagai pembersih dan pemotong rumput. 

Pemeriksaan di kedai makan pula mendapati dua orang pekerja asing berjawatan sah sebagai pelayan melakukan pekerjaan sebagai juruwang dan tukang masak.

Jika sabit kesalahan, majikan asal dan majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua.

Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

Pihak berkuasa dari Jabatan Buruh ketika membuat pemeriksaan semasa operasi tersebut. – Gambar serahan Jabatan Buruh

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -