Tuesday, July 15, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi sekatan diteruskan

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA, 30 Julai – Bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya patuh pada undang-undang lalu lintas di negara ini, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengadakan beberapa operasi sekatan jalan raya di beberapa buah tempat di Daerah Belait.

    Operasi sekatan jalan raya telah diadakan di kawasan Jalan Tengah Anduki Seria, melibatkan penyertaan seramai tujuh orang anggota Balai Polis Seria, Daerah Polis Belait dalam operasi yang diketuai oleh Staf Sarjan Umpor Ranggau, bermula kira-kira pukul 11:30 malam.

    Operasi yang sama turut dikendalikan oleh Balai Polis Labi di kawasan Simpang Tiga, Jalan Merangking Labi.

    Melalui operasi tersebut tiada kesalahan lalu lintas didapati oleh pengguna jalan raya mahupun kesalahan-kesalahan yang melibatkan pelanggaran undang-undang negara ini.

    Sementara itu PDB akan berterusan mengadakan operasi sekatan mingguan bagi mengurangkan kadar kemalangan lalu lintas yang mungkin berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri.

    Pasukan Polis Diraja Brunei ketika melakukan operasi sekatan jalan raya di salah sebuah kawasan di Daerah Belait. (gambar ihsan PDB)
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda