Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi sekatan jalan cegah jenayah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Dalam sama-sama menguatkuasakan undang-undang menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara, beberapa agensi penguatkuasaan undang-undang telah mengendalikan operasi sepadu sekatan jalan di beberapa lokasi di Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Operasi melibatkan Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL) bersama Daerah Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB), Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Immigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) serta Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU). Ia diketuai oleh Ketua Unit Penguatkuasa JSKLL, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Ang Lay Bee dan bagi lokasi lain diketuai oleh pegawai-pegawai menguasa balai polis .

    Operasi-operasi yang kerap dijalankan ini diharap akan memberikan panduan dan kesedaran akan kepentingan mematuhi peraturan undang-undang Negara Brunei Darussalam, di samping memohon kepada masyarakat awam agar turut sama memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kepada agensi-agensi penguatkuasa dengan menyalurkan maklumat yang berguna dalam matlamat menangani perkara-perkara jenayah hingga peringkat akar umbi.

    Dalam pada itu juga, turut diterapkan kepada anggota bertugas adalah untuk mengamalkan sifat sopan, berkhemah dan berdisiplin semasa operasi dijalankan bagi tujuan pendekatan, interaksi dan mewujudkan kepercayaan mesyarakat awam dalam usaha berganding bahu membendung dan mencegah jenayah secara lebih efektif di negara ini.

    Operasi sekatan jalan yang diadakan di salah satu lokasi di daerah Brunei Muara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda