Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Operasi sepadu catat 101 kesalahan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OGOS – Sebanyak 101 kesalahan lalu lintas kelmarin telah direkodkan daripada 609 buah kereta yang diperiksa dalam satu operasi sepadu di kawasan jalan raya utama menuju ke Brunei LNG Lumut yang telah dikendalikan bersama oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Brunei LNG Sdn Bhd.

    Kolaborasi operasi tersebut terdiri daripada keanggotaan PPDB iaitu Balai Polis Sungai Liang, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalulintas (JSKLL), Pegawai Keselamatan Padang Minyak (OPSO) dan Jabatan Pengangkutan Darat (JPD).

    Operasi tersebut melibatkan 46 orang, termasuk pegawai dan kakitangan Brunei LNG Sdn Bhd yang bermula dari pukul 6 hingga 8 pagi.

    Antara kesalahan yang telah didapati adalah kenderaan yang memakai pelekat plastik filem atau tabir, pemandu dan penumpang tidak memakai tali pinggang keselamatan, ubahsuai kenderaan dan beberapa kesalahan lagi. Adapun tujuan utama operasi dijalankan adalah untuk mempromosikan dan menguatkuasakan peraturan keselamatan jalan raya kepada masyarakat, kakitangan Brunei LNG dan pelawat-pelawatnya.

    PPDB mengharapkan operasi bersama seperti ini akan meningkatkan lagi kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat secara amnya, agar dapat memupuk sikap bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam dengan mematuhi undang-undang negara ini.

    Gambar suasana semasa operasi berkenaan dijalankan. – Gambar serahan PPDB

     

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Isnin, 24 November 2025

    Berita Berkaitan

    Ceramah tekankan sunnah Nabi untuk mengurus tekanan

    Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV - Penekanan...

    Kemeriahan Pesta Ria CCMS tamatkan penggal akhir persekolahan

    Oleh Daniel Lim BELAIT, 21 NOV - Sekolah Menengah Chung...

    Sekolah Arab Belait rai 20 tahun penubuhan

    Oleh Yusrin Junaidi - BELAIT, 20 NOV - Sempena ulang...

    65 penderma sertai kempen derma darah Persatuan Foochow Kuala Belait

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 20 NOV - Seramai 65...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...