Oleh James Kon – BANDAR SERI BEGAWAN, 23 SEPT – Sindiket pengedaran dadah transnasional berjaya digagalkan hasil operasi bersepadu melibatkan tujuh agensi penguatkuasaan dari lima buah negara, termasuk Brunei Darussalam. Operasi tersebut merupakan hasil kerjasama berterusan antarabangsa dan perkongsian risikan antara Biro Kawalan Narkotik (BKN) Negara Brunei Darussalam, Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) Amerika Syarikat (AS),

