Operasi serangan diteruskan di sempadan Azerbaijan

BAKU, 30 OKT – Operasi serangan terus berlanjutan semalam di garisan sempadan sebulan selepas meletusnya pertempuran antara Armenia dan Azerbaijan, lapor agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut Kementerian Pertahanan Azerbaijan sejak beberapa hari lalu, pasukan Armenia membedil kedudukan unit tentera Azerbaijan dan penempatan orang awam dengan senjata termasuk meriam dan peluru berpandu.

Walaupun operasi diteruskan terutamanya di Khojavend, Fuzuli dan Gubadli, percubaan tentera Armenia untuk menyerang “telah berjaya dipatahkan,” kata kenyataan itu, sambil menambah beberapa askar Armenia turut terkorban akibat serangan balas Azerbaijan.

Sebilangan anggota tentera Armenia terbunuh, dua kereta kebal T-72, dua sistem roket pelancaran berganda BM-21 Grad, 14 jenis Howitzers. – Bernama