Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Dua orang lelaki warganegara asing telah ditahan setelah didapati bekerja sendiri melakukan kerja pemotongan pokok dan mengutip besi yang terpakai semasa Operasi Tumpas 82/2022 menyasarkan sebuah kampung di Mukim Mentiri, baru-baru ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), kedua-dua lelaki berkenaan dibawa

