Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Operasi Tumpas: Empat warga asing ditahan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Dua buah mukim di Daerah Brunei dan Muara menjadi tumpuan dalam Operasi Tumpas Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) yang dijalankan baru-baru ini, di mana beberapa kesalahan telah dikesan dengan empat orang warga asing ditahan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, semasa Operasi Tumpas JIPK 60/2022 yang menyasarkan kedai barang-barang antik di Mukim Kianggeh, seorang orang perempuan warga asing ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK atas kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu gagal menujukan dokumen yang sah dan dipercayai tinggal lebih masa.

    Sementara itu, Operasi Tumpas JIPK 59/2022 yang menyasarkan gerai-gerai makanan di Mukim Berakas A, telah memeriksa enam warga asing dan dua daripadanya telah ditahan atas beberapa kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu bekerja menggunakan Pas Lawatan Sosial dan gagal menujukan dokumen yang sah serta dipercayai tinggal lebih masa.

    Dalam Operasi Tumpas JIPK JIPK 57/2022 yang menyasarkan Gerai makanan di Mukim Kianggih pula, seorang lelaki dan dua orang perempuan warga asing telah diperiksa dengan salah seorang daripadanya tersenarai sebagai pekerja lari daripada majikan.

    Pekerja tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut.

    Pihak berkuasa JIPK mengendalikan Operasi Tumpas di ibu negara. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...