Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Operasi vaksin skala besar 7 jun’

    KUALA LUMPUR, 31 MEI – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan beroperasi secara skala besar dengan kapasiti sehingga 8,000 penerima vaksin sehari bermula 7 Jun.

    Penyelaras PPV MITEC Dr Nor Maizura Haron berkata penambahan kapasiti bagi pemberian vaksin itu bergantung kepada kapasiti petugas dan bekalan vaksin yang bakal diterima.

    “Dengan penambahan kapasiti 6,000 hingga 8,000 (penerima vaksin), kita memerlukan 300 hingga 500 petugas secara keseluruhan.

    “Dalam minggu ini, kita akan menerima lebih ramai petugas sukarelawan dan dengan jangkaan bekalan vaksin yang akan diterima, kita akan mula (beroperasi dengan skala besar) pada 7 Jun,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di PPV MITEC di sini, yang mula beroperasi hari ini. Beliau berkata pada masa ini, seramai 85 orang petugas Kementerian Kesihatan bertugas di PPV itu yang mempunyai jumlah keseluruhan petugas seramai 250 orang.

    Dr Nor Maizura berkata kapasiti semasa untuk penerima vaksin di PPV yang beroperasi 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin hingga Jumaat itu adalah 2,400 sehingga 2,800 sehari.

    Beliau berkata jumlah tersebut termasuk 30 hingga 50 jemaah haji berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera serta disenaraikan Tabung Haji.

    Beliau berkata jangkaan keseluruhan proses menerima vaksin bagi individu yang bermula dengan sesi saringan MySejahtera sehingga pemantauan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) di PPV itu adalah kurang daripada satu jam. – Bernama

    Situasi di sekitar kawasan penerimaan suntikan vaksin COVID-19 di PPV MITE, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda