Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Operasi Waspada catat 6 kesalahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Sebanyak enam kesalahan Akta Pekerjaan, Penggal 278 semasa Operasi Waspada 71/2025 Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh yang tertumpu di Kampung Sungai Hancing baru-baru ini.

    Kesalahan yang dipercayai dilakukan oleh majikan iaitu Bab 10 pekerja tidak disediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis, Bab 63 majikan gagal memberikan cuti rehat, Bab 64 bekerja pada hari rehat dan Bab 112(1) menggaji pekerja asing tanpa lesen dari pesuruhjaya buruh yang mana majikan didapati menggaji pekerja asing jaminan syarikat lain

    Manakala dua kesalahan di bawah Bab 112(2) kesalahan melanggar syarat-syarat lesen pekerja asing, pekerja asing didapati melakukan pekerjaan tidak selaras dengan jawatan yang dibenarkan iaitu pekerja berjawatan buruh landskap melakukan pekerjaan

    Siasatan lanjut akan dijalankan bagi kesalahan melanggar Akta Pekerjaan, Penggal 278, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan dan jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan itu, Jabatan Buruh mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Akta Pekerjaan, Penggal 278 seperti menyediakan kontrak perkhidmatan secara bertulis kepada pekerja dan memberikan cuti rehat sehari dalam seminggu.

    Selain itu, diingatkan supaya tidak menggaji pekerja asing jaminan syarikat lain dan pekerja hendaklah diberikan pekerjaan selaras dengan jawatan yang dibenarkan oleh Jabatan Buruh dan majikan hendaklah bertanggungjawab memberikan pekerjaan kepada pekerja-pekerja di bawah jaminannya.

    Untuk makluman lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda