LONDON, 24 NOV – Seorang operator kren merendah diri dengan pujian yang diberikan kepadanya kelmarin selepas dia berjaya menyelamatkan seorang lelaki dari sebuah bangunan tinggi yang terbakar di England.
Video dari tempat kejadian di bandar Reading di selatan England menunjukkan seorang lelaki diselamatkan oleh sebuah kren dari atap bangunan yang sedang dalam pembinaan di mana asap tebal dan api marak di sekelilingnya.
Orang ramai yang berkumpul berhampiran bangunan itu bersorak ketika lelaki itu diangkat ke udara dan kemudian diturunkan ke tanah.
“Saya berada kurang daripada 20 meter di udara dan saya melihat keluar tingkap sebelah kiri saya dan melihat seorang lelaki berdiri di sudut bangunan,” kata Edwards, yang telah bekerja di tapak itu sebelum kebakaran berlaku.
“Saya baru sahaja melihatnya dan seseorang berkata ‘bolehkah awda menggerakkan kren ini,’ jadi, saya menggerakkan kren itu sebaik yang saya boleh,” tambahnya.
Lebih daripada 50 anggota bomba tiba di tempat kejadian untuk menangani kebakaran itu, kata pegawai, dan seorang lelaki lagi juga diselamatkan dari bangunan dengan menggunakan kren. Kedua-dua lelaki itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan akibat menyedut asap. Kebakaran itu dipadamkan kelmarin. – AP


