Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    OPKEMAS: 31 syarikat diberi surat amaran, denda

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Sebanyak 24 buah syarikat telah dikeluarkan surat amaran, enam buah syarikat dikenakan denda kompaun bagi kesalahan pertama berjumlah $250 dan sebuah syarikat dikenakan kompaun bagi kesalahan kali kedua berjumlah $500 kerana melanggar Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018 semasa Operasi OPKEMAS yang dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) di Mukim Sengkurong, Mukim Pengkalan Batu dan Mukim Berakas pada hari ini.

    Kesalahan-kesalahan tersebut adalah meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang-barang di kawasan petak letak kenderaan, kawasan kaki lima dan kawasan landskap di premis perniagaan dan perusahaan tempat syarikat-syarikat berkenaan beroperasi.

    Menurut siaran akhbar JPBD, syarikat-syarikat berkenaan telah diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Sehubungan itu, pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan bagi setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

    Tempat-tempat yang digunakan oleh syarikat untuk meletakkan barang-barang yang melanggar peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018. – Gambar serahan JPBD
    Gambar serahan JPBD

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda