OPPO telah melancarkan dua telefon pintar baru di Taiwan iaitu Oppo A75 dan Oppo A75s, kedua-duanya menampilkan paparan nisbah bidang 18:9.
Kedua-dua model mempunyai spesifikasi yang serupa dengan hanya berbeza dari segi kapasiti storan dalaman.
Bagi spesifikasinya, Oppo A75 dan A75s adalah peranti dua SIM (GSM+GSM) dan menggunakan Color OS 3.2 berasaskan Android 7.1 Nougat serta menampilkan paparan LCD full-HD+ (1080×2160 piksel) bersaiz 6.0 inci.
Kedua-duanya dikuasakan pemproses MediaTek Helio P23 (MT6737T) 2.5GHz yang dipadankan dengan RAM 4GB.
Untuk mengambil gambar, kedua-duanya didatangkan kamera belakang 16MP dengan denyaran LED dan kamera depan 20MP bagi selfie dan panggilan video.
Seperti yang telah disebutkan, hanya storan dalaman yang berbeza di antara dua model berkenaan, Oppo A75 mempunyai storan 32GB dan Oppo A75s mempunyai storan 64GB dengan kedua-duanya boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 256GB).
Daripada segi sambungan pula, A75 dan A75s dilengkapi dengan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, 4G, Bluetooth 4.2, GPS, Mikro-USB dan sokongan OTG. Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien dan sensor kedekatan.
Kedua-duanya mempunyai pengimbas cap jari pada punat depan dan dimensi 156.5x76x7.5mm serta berat 152g. Ia disokong dengan bateri 3200mAh.