Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Ops Basikal Lajak’ cekup 31 remaja

    LABUAN, 30 JUN – Polis menahan 31 remaja yang masih bersekolah kerana menunggang basikal yang diubah suai  secara berbahaya dalam ‘Ops Basikal Lajak’ di Kampung Pohon Batu di sini.

    Ketua Polis Labuan Supt. Muhamad Farid Ahmad mereka yang ditahan berumur antara 10 hingga 17 tahun.

    “Dalam operasi dua jam di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam bermula 11 pagi hingga 12:20 tengahari itu kelmarin, pihak polis memeriksa kesemua basikal yang telah diubah suai dan saman dikeluarkan sebelum kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk disoal.

    “Kami telah memanggil ibu bapa remaja berkenaan dan menasihati mereka agar memantau kegiatan anak masing-masing kerana kegiatan itu boleh membahayakan keselamatan mereka serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. Katanya antara pengubahsuaian yang dilakukan termasuk bahagian pemegang yang boleh digerakkan dan membuang brek keselamatan.

    Muhammad Farid berkata kesemua remaja itu dibebaskan kemudian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda