Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops bersepadu di LTAB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Beberapa kesalahan telah didapati dalam satu operasi bersepadu yang melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah dan Polis Lapangan Terbang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) serta agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang yang terdiri daripada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Biro Kawalan Narkotik (BKN)dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN).

    Operasi tersebut telah dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) dengan matlamat untuk membanteras dan mencegah warga asing yang ingin memasuki Negara Brunei Darussalam dengan hasrat menjalankan kegiatan yang tidak bermoral atau sebarang jenayah.

    Hasil daripada operasi tersebut telah mengesan seorang warga asing dipercayai mencuba untuk melakukan kegiatan yang tidak bermoral dan telah ditolak kemasukannya oleh JIPK.

    Manakala pihak JKED juga turut menahan ubat-ubatan daripada tiga warga asing untuk dipohonkan kebenaran daripada farmasi, Kementerian Kesihatan.

    PPDB serta agensi penguatkuasaan undang-undang lain akan terus komited menjalankan usaha membanteras, merisik serta membuat pemantauan berterusan ke atas sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di negara ini.

    Pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda