Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ops Kabat 10 warganegara asing

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Seramai 10 orang warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang untuk siasatan lanjut semasa dua Operasi Kabat berasingan, baru-baru ini.

    Pemeriksaan yang dijalankan ke atas lima orang warganegara asing semasa Operasi Kabat 66/2024 yang disasarkan di sebuah premis restoran di Mukim Kilanas, telah membawa kepada penahanan kesemua individu bagi siasatan lanjut.

    Siasatan telah mendapati bahawa salah seorang daripada warganegara asing berkenaan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresen mansuh.

    Seorang daripadanya dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja dengan majikan lain.

    Manakala, tiga orang warganegara asing lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(3) iaitu menyalahi jawatan.

    Sementara itu, Operasi Kabat 69/2024 yang disasarkan di beberapa buah bilik sewa di Daerah Temburong telah memeriksa seramai 28 orang warganegara asing. Daripadanya, lima orang telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang bagi siasatan lanjut.

    Siasatan telah mendapati bahawa seorang tidak mengemukakan dokumen asal dan dipercayai melakukan kesalahan Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu tidak bekerja dengan majikan asal.

    Tiga individu gagal menyatakan dokumen asal dan dipercayai melakukan kesalahan Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresennya mansuh.

    Sementara itu, seorang pula dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam setelah pas imigresennya mansuh dan juga Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu tidak bekerja dengan majikan asal.

    JIPK dalam kenyataan akhbarnya mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen dengan menghubungi ke talian Hotline Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan di talian 8734888 / 8753888 (Bandar Seri Begawan) / 8984111 (Kuala Belait).

    Pegawai penguat kuasa membuat pemeriksaan semasa Ops Kabat. – Gambar serahan JIPK

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...