Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Lima orang warga asing telah ditahan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen Penggal 17 semasa tiga Operasi KABAT yang dijalankan di Daerah Brunei dan Muara serta Daerah Belait.
Di Daerah Brunei dan Muara, Operasi KABAT 35/2024 menyasarkan di sebuah rumah di Mukim Berakas B dan bilik sewa di Mukim Mentiri, di mana seorang warganegara asing ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumat.

