Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kabat kesan pelbagai kesalahan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Dua orang warga asing telah dijatuhkan hukuman di bawah Akta Imigresen Penggal 17 dan Akta Pasport Penggal 146, semasa Operasi Kabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) baru-baru ini yang dijalankan di beberapa buah lokasi di negara ini.
     
    Dalam operasi itu, seorang perempuan warga Malaysia, Norhani binti Jamudin, 43, telah dijatuhkan hukuman lima bulan penjara dan denda sebanyak $800 sebagai gantian kepada hukuman sebat.
     
    Individu berkenaan gagal membayar jumlah ganti kepada sebatan dan menjadikan hukuman penjara kepada enam bulan atas kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam setelah pas imigresennya mansuh. 
     
    Pendakwaan dibuat hasil daripada Operasi Kabat JIPK 74/2024 yang telah dilaksanakan di Mukim Peramu oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU), dan pendakwaan telah dibuat dihadapan Majistret Abdul ‘Azim bin Othman.
     
    Manakala seorang lelaki warga Filipina berumur 27 tahun, Muhammad Sariul telah dijatuhkan hukuman di atas dua kesalahan di bawah Bab 3(1) Akta Pasport, Penggal 146 iaitu gagal mengemukakan dokumen perjalanan kepada pegawai imigresen yang bertugas semasa hendak masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu, Temburong.
     
    ATAS & BAWAH: Pegawai BPU semasa menjalankan operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    GAMBAR SERAHAN JIPK
    Muhammad Sariul juga melakukan kesalahan di bawah Bab 6(1)(c) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu masuk ke negara ini tanpa mempunyai pas imigresen yang sah dan beliau didenda sebanyak $2,000 dan hukuman tiga bulan penjara serta tiga kali sebatan. 
     
    Walau bagaimanapun, individu tersebut gagal membayar denda dan diganti dengan dua bulan penjara dan menjadikan hukumannya kepada lima bulan penjara dan tiga kali sebatan. 
     
    Pendakwaan telah dibuat dihadapan Majistret Syaffina binti Shahif dan dijalankan oleh pegawai pendakwa JIPK, Hadiyatul Majeedah binti Awang Usin.
     
    Di samping itu, Operasi Kabat 81/2024 dan Operasi Kabat 82/2024 juga telah dilaksanakan oleh BPU yang menyasarkan kawasan Mukim Mentiri. 
     
    Dalam Operasi Kabat 81/2024 yang tertumpu di kawasan rumah di Mukim Mentiri, semasa pemeriksaan dijalankan, dua warga asing ditahan dan dibawa ke BPU bagi siasatan lanjut.
     
    Dua individu tersebut, dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal dan juga di bawah Peraturan 15(3), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.
     
    Sementara dalam Operasi Kabat 82/2024 yang menyasarkan sebuah rumah di Mukim Mentiri telah menahan seorang warga asing dan individu berkenaan telah di bawa ke BPU bagi siasatan lanjut.
     
    Individu berkenaan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal dan juga di bawah Peraturan 15(3), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport. 
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda