Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kabat tahan 6 warga asing

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Enam warga asing telah ditahan dalam dua Operasi Kabat yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, Operasi Kabat 23/2024 yang dijalankan JIPK Bandar Seri Begawan menyasarkan kawasan perkampungan di Mukim Kilanas di mana tiga warga asing telah diperiksa kemudian ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Ketiga-tiga warga asing berkenaan telah didapati gagal mengemukakan dokumen asal manakala seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(2), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja bukan dengan majikan asal dan Bab 15(3) iaitu bekerja tidak mengikut jawatan yang tertera di dalam pasport.

    Sementara itu, Operasi Kabat 25/2024 dijalankan oleh JIPK cawangan Kuala Belait yang menyasarkan tapak projek penambahan rumah di Mukim Kuala Belait, di mana tiga warga asing telah diperiksa kemudian ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Hasil pemeriksaan tersebut, dua daripadanya telah didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 15(2) manakala itu, seorang lagi dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 35(1) iaitu bertanggungjawab mengambil pekerja tanpa pengetahuan majikan asal.

    Sehubungan itu, orang ramai bagi yang mempunyai maklumat berhubung pesalah imigresen bolehlah menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (Bandar Seri Begawan) dan 8984111 (Kuala Belait).

    Warganegara asing yang ditahan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda