Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kabat tahan 9 warga asing

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sembilan orang warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) setelah didapati melakukan kesalahan-kesalahan imigresen.

    Kesalahan-kesalahan tersebut telah didapati semasa Operasi Kabat 12/2024 yang menyasarkan kepada sebuah rumah sewa di Mukim Berakas A, baru-baru ini.

    Daripada sembilan warganegara asing tersebut, tujuh dipercayai melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9(4), Peraturan Imigresen, Penggal 17 iaitu bekerja menggunakan pas lawatan, seorang dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa manakala seorang lagi atas kegagalan menunjukkan dokumen yang sah.

    JIPK dalam kenyataannya mengingatkan orang ramai bahawa menyalahgunakan syarat-syarat pas-pas imigresen iaitu bekerja menggunakan pas lawatan, pas kerja, pas tanggungan dan pas penuntut akan diambil tindakan dengan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi $2,000 atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali di bawah peruntukan Bab 58A, Akta Imigresen dan tindakan seterusnya pas-pas pesalah imigresen akan dibatalkan dan diusir dari negara ini.

    Bagi maklumat berhubung pesalah imigresen, JIPK mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau 8984111 (Kuala Belait).

    Warganegara asing yang ditahan semasa operasi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda