Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kabat tahan lima warga asing

    KUALA BELAIT, 4 OGOS – Lima warganegara asing telah ditahan dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang untuk siasatan lanjut semasa Operasi Kabat yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) di Kuala Belait, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, Operasi Kabat 88/2024 telah menyasarkan kawasan projek pembinaan rumah di Mukim Liang di mana lima daripada lapan warga asing yang diperiksa telah dipercayai melakukan kesalahan di bawah Bab 55(4)(a)(b)(c) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah.

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan, JIPK mengalu-alukan orang ramai memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (BSB) dan 8984111 (Kuala Belait). Sebarang info dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

    Penguat kuasa semasa menjalankan tugasnya. – GAMBAR SERAHAN JIPK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda