Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Kemas: Enam syarikat kena denda

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Enam buah syarikat telah dikenakan denda kompaun semasa Operasi Kemas yang dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBD, kesemua syarikat tersebut telah dikenakan denda kompaun bagi kesalahan kali pertama kerana melanggar Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018, masing-masing berjumlah $250.

    Kesalahan-kesalahan yang dilakukan adalah menggunakan kawasan petak letak kenderaan sebagai tempat penyimpanan barang jualan dan juga tempat membaiki kenderaan yang mana telah mengakibatkan kekurangan petak letak kenderaan untuk digunakan oleh orang ramai yang berkunjung di kawasan tersebut.

    Di samping itu, penggunaan petak letak kenderaan sebagai tempat membaiki kenderaan boleh mengundang bahaya kepada orang ramai termasuk pekerja syarikat berkenaan akibat daripada lalu lintas yang terjejas dan keadaan kawasan yang licin serta kotor daripada aktiviti tersebut.

    Syarikat-syarikat berkenaan telah diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda tersebut.

    Pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan bagi setiap kemajuan dan penggunaan tanah kerana perlanggaran terhadap akta dan peraturan boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada orang ramai dan menjejaskan imej negara.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline JPBD di talian 8200222.

    Salah sebuah syarikat menggunakan petak letak kereta untuk menyimpan barang jualan. – GAMBAR SERAHAN JPBD
    Antara kesalahan yang dilakukan oleh salah sebuah syarikat. – GAMBAR SERAHAN JPBD
    GAMBAR SERAHAN JPBD
    GAMBAR SERAHAN JPBD
    GAMBAR SERAHAN JPBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda