Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Ops Peralihan: Dua pelanggaran arahan dikesan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Kem. Kesihatan & PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dua pelanggaran arahan telah dicatatkan dalam Operasi Peralihan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dengan diketuai oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dari pukul 10 malam hingga 4 pagi tadi.

    Kedua-dua kesalahan berkenaan adalah pelanggaran untuk berada di rumah, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, semasa
    Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sementara itu, PPDB dalam kenyataan yang dikeluarkan mengongsikan bahawa kedua-dua kesalahan berkenaan dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara.

    PPDB dalam kenyataan itu menegaskan bahawa ketika ini negara telah memasuki Fasa Peralihan di mana pelaksanaan langkah-langkah sekatan dikurangkan secara berperingkat.

    Namun masyarakat dikehendaki untuk tidak alpa dan terus memberi komitmen penuh dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pencegahan yang ditetapkan pihak kerajaan bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan dan juga kluster kes-kes yang baharu.

    Pihak kerajaan pasti dan percaya bahawa penduduk negara akan berhasil mengharungi kehidupan dalam norma baharu ini selagi mana penekanan terhadap tanggungjawab ditanai dan dipatuhi dengan komitmen dan kewaspadaan yang tinggi, tambah kenyataan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -