Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Peralihan: Hanya 1 kompaun dikeluarkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MAC – Hanya satu pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi. 

    Kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Menurut beliau, kesalahan tersebut didapati berlaku di Daerah Brunei dan Muara.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada sidang media tersebut turut menyeru orang ramai bersama-sama berdoa dan memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala bahaya, semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda