Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Hanya satu kesalahan telah ditemukan semasa Operasi Peralihan yang dijalankan dari jam 10 malam hingga 4 pagi tadi dengan individu berkenaan dikenakan denda kompaun.
“Kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei menyatakan pelanggaran arahan pada hari ke-11 Operasi Peralihan tersebut didapati di Daerah Brunei dan Muara.