Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Peralihan: Tiga pelanggaran arahan dikesan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Tiga pelanggaran arahan telah didapati di seluruh negara semasa Operasi Peralihan yang diadakan semalam dari jam 10 malam hingga 4 pagi tadi dan kesemua pesalah telah dikeluarkan denda kompaun.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media di Dewan Al-‘Afiah, hari ini, menyatakan ketiga-tiga pelanggaran arahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.

    Sementara itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengongsikan daripada tiga kesalahan itu, satu kesalahan dikesan di Daerah Brunei dan Muara dan dua lagi kesalahan telah didapati di Daerah Belait pada hari ketujuh Operasi Peralihan tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda