Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Sebanyak 12 lagi pelanggaran arahan telah dikenakan kompaun semasa Operasi Pulih dilaksanakan dari pukul 8 malam hingga 4 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kesemua pelanggaran berkenaan dicatatkan di Daerah Brunei dan Muara.
Sehubungan itu, PPDB sekali lagi menegaskan kepada masyarakat awam di kesemua peringkat supaya mengambil serius saranan yang dikeluarkan pihak kerajaan untuk sentiasa berada di rumah dan tidak keluar tanpa sebarang tujuan semasa Operasi Pulih dilaksanakan.
Ini adalah bertujuan bagi memastikan keberkesanan strategi pihak kerajaan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 dengan jayanya.
